Close

Mid Valley ditutup sementara ekoran kebakaran yang berlaku

Ekoran kebakaran yang berlaku di Mid Valley, pusat beli-belah tersebut terpaksa ditutup bagi penilaian kerosakan dan mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak pengurusan, dalam masa yang sama turut menyatakan permohonan maaf dan menegaskan bahawa keselamatan pengunjung adalah keutamaan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi semalam, dikatakan berpunca dari pencawang luar namun keadaan berjaya dikawal dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

ARTIKEL BERKAITAN