Close

Neta V – EV termurah di Malaysia dengan harga jualan RM99,800

Neta V yang baharu sahaja diumumkan untuk pasaran Malaysia baru-baru ini adalah kereta elektrik paling murah yang ditawarkan di Malaysia setakat ini. Dibawa masuk melalui Intro Synergy Sdn Bhd dengan kerjasama Hozon New Energy Auto. 



Neta V dijana dengan motor tunggal yang terletak di bahagian hadapan yang mampu menghasilkan 94 hp dan tork 150 Nm. Pengeluar mendakwa Neta V mampu memecut dari 0 ke 50 km/j hanya dalam 3.9 saat dan kelajuan maksimum pada 101 km/j.



Dilengkapi dengan bateri lithium-ion 38.5 kWh yang mampu bergerak sejauh 380 km mengikut piawaian NEDC. Neta V menyokong dua jenis pengecasan iaitu DC dengan kadar maksimum 100 kW yang mampu mengecas dari 30% ke 80% hanya dalam 30 minit. Sementara pengecas jenis AC menyokong kadar maksimum pada 6.6 kW dengan masa mengecas sekitar 6 jam untuk satu isian penuh.



Ditawarkan dalam satu pilihan sahaja, hadir dengan lampu projektor halogen automatik, DRL LED, lampu belakang jenis LED, skrin infotainmen 14.6, pakir brek elektronik, kamera undur dan enam pembesar suara. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan dua beg udara ABS, bantuan brek, kawalan cengakaman dan lain-lain. Neta V tidak menyokong Apple Car Play, Android Auto dan tiada fungsi ADAS.



Neta V dijual pada harga RM99,800 dengan baucar sebanyak RM10,000 tersedia untuk 100 tempahan terawal menjadikan harganya adalah RM89,800. Setiap pembelian akan didatangkan dengan Body warranty selama 10 tahun atau 200,000 km, general part warranty 5 tahun atau 150,000 km dan EV high voltage part warranty 8 tahun atau 180,000 km.


Bagi yang berminat untuk melihat Neta V secara berdepan, boleh hadiri acara Malaysia Autoshow 2023 yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Mei ini bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

ARTIKEL BERKAITAN