Close

Netflix menawarkan perkongsian akaun dengan bayaran tambahan RM13 sebulan


Netflix kini sedia untuk menamatkan era perkongsian langganan pada pengguna yang berkongsi akaun kepada pengguna yang bukan tinggal serumah. Era tersebut akan turut ditamatkan untuk pengguna di Malaysia.


Berikutan dari itu, Netflix akan mula menghantar e-mel kepada ahli yang berkongsi langganan mereka dengan pengguna di luar isi rumah. Netflix turut memberi peringatan, berkenaan akaun Netflix yang ditetapkan untuk digunakan dalam satu isi rumah yang tinggal bersama, bukannya berkongsi dengan pengguna di luar isi rumah atau tinggal berjauhan.


                                                      

Dalam usaha menamatkan era perkongsian langganan, Netflix telah memperkenalkan beberapa alternatif lain seperti membenarkan pemindahan profil kepada keahlian baharu atau pengguna boleh terus berkongsi langganan namun, dengan bayaran tambahan RM13/Bulan. Melalui bayaran tambahan ini, pengguna akan mempunyai akaun dan kata laluan yang tersendiri, tidak lagi berkongsi kata laluan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN