Close

Netflix lantik Arnold Schwarzenegger sebagai Chief Action Officer

Untuk menyajikan filem atau rancangan TV yang sarat dengan aksi, ia memerlukan seorang yang mahir mengenainnya. Berikutan dari itu, Netflix secara rasmi telah melantik Arnold Schwarzenegger sebagai Chief Action Officer.

Seiring dengan pelantikan Arnold Schwarzenegger, Netflix telah berkongsi video dengan tajuk “Arnold Schwarzenegger: Chief Action Officer | Nobody Hits Like Netflix” yang memaparkan pelbagai filem aksi dan rancangan TV yang akan tiba di Netflix dalam masa yang sama turut memperlihatkan aksi yang dilakukan oleh Arnold Schwarzenegger.

Menariknya, Arnold Schwarzenegger juga akan turut membintangi filem aksi komedi FUBRA yang akan mula ditayangkan pada 25 Mei ini. Dengan ketibaan Arnold Schwarzenegger sebgai Chief Action Officer, kita mungkin boleh menjangkakan elemen aksi yang lebih ekstrem dan lebih memukau dalam terbitan Netflix selepas ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN