Close

Nothing kongsikan rekaan awal Phone (2)

Nothing telahpun mengesahkan yang mereka akan melancarkan peranti mereka yang seterusnya iaitu Nothing Phone (2), peranti ini dikatakan lebih premium dan akan dijana dengan cip premium dari siri Snapdragon 8.

Tebaru, Nothing telah berkongsi gambaran awal rekaan panel belakang secara rasmi. Berdasarkan dari perkongsian tersebut memperlihatkan yang Nothing Phone (2) akan hadir dengan perubahan pada rekaan Glyph dengan lampu berwarna merah. Tidak banyak perkara yang boleh diulas berikutan imej yang dikongsi hanyalah picisan dari rekaan sebenar.

Nothing mungkin tidak akan membawakan perubahan ketara pada rekaan Glyph namun, ia mungkin akan tampil dengan rekaan yang lebih menonjol dan sedikit berbeza dari Nothing Phone (1). Nothing Phone (2) dijangka akan dilancarkan pada sekitar Julai ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN