Close

Nothing Phone (2) disahkan hadir dengan bateri 4700mAh

Dalam satu temubual bersama Forbes, Carl Pei telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti mereka yang seterusnya iaitu Nothing Phone (2). Sebelum ini, Carl Pei telahpun mendedahkan yang peranti tersebut akan dijana dengan Snapdragon 8+ Gen 1.

Menerusi temubual tersebut, Carl Pei telah mendedahkan maklumat mengenai Nothing Phone (2). Yang mana, peranti ini akan dilancarkan sekitar Julai ini dan Nothing Phone (2) akan hadir dengan kapasiti bateri 200mAh lebih besar menjadikan jumlah keseluruhan 4700mAh.

Selain mendedahkan maklumat mengenai Nothing Phone (2), Carl Pei turut berkongsi mengenai mengapa memilih cip Snapdragon 8+ Gen 1 berbanding Snapdragon 8 Gen 2. Menurut beliau, cip Snapdragon 8+ Gen 1 menawarkan penggunaan kuasa dan pengurusan haba yang lebih baik di samping kos pengeluaran yang lebih rendah.

ARTIKEL BERKAITAN