Nothing Phone (2) disahkan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - FUZZ.MY

Thursday, May 18, 2023

Nothing Phone (2) disahkan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1


Sebelum ini, Nothing telahpun mendedahkan yang Nothing Phone (2) akan dikuasakan dengan cip premium dari siri 8 Snapdragon. Terkini, pengasas Nothing iaitu Carl Pei secara rasmi mengumumkan yang Nothing Phone (2) akan dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.


 

Menurut Carl Pei, cip Snapdragon 8+ Gen 1 pada Phone (2) akan membawakan peningkatan yang sangat ketara dari model sebelumnya. Menjanjikan prestasi dua kali ganda lebih berkuasa dari Phone (1), peningkatan prestasi sebanyak 80% secara keseluruhan.


Selain dari pretasi, Phone (2) akan turut hadir dengan keupayaan sambungan rangkaian yang lebih baik, ketahanan bateri yang lebih lama dan juga kemampuan kamera yang lebih bagus. Sebab utama Carl Pei memilih cip Snapdragon 8+ Gen 1 adalah cip ini menawarkan penggunaan kuasa dan pengurusan haba yang sangat baik.


Buat masa ini, tiada spesifikasi terperinci yang dikongsi mengenai Phone (2). Kami menjangkakan ia akan hadir dengan ciri dan spesifikasi premium.