Close

OpenAI lancarkan aplikasi ChatGPT untuk iOS


OpenAI iaitu penyedia kepada perkhidmatan kecerdasan buatan ChatGPT (Chat Generative Pre-trained Transformer), mengumumkan yang aplikasi tersebut akan tersedia secara rasmi untuk pengguna iOS.


Aplikasi tersebut akan tersedia secara percuma dan boleh dimuat turun pada iPhone dan iPad melalui App Store. Aplikasi ChatGPT ini membolehkan sejarah penggunaan diselarikan pada peranti dan juga web. Selain itu, ia turut menyertakan sistem pengecaman suara sumber terbuka yang dijana melalui Whisper.


Perkhidmatan pelan langganan ChatGPT Plus turut ditawarkan untuk pengguna iOS. Menawarkan masa respon yang lebih pantas, perkhidmatan boleh diakses pada waktu puncak dan juga akses awal untuk fungsi baharu.


Namun begitu, aplikasi ChatGPT untuk iOS buat masa ini hanya tersedia untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja. Dijangka akan diperluaskan kepada lebih banyak negara secara berperingkat. Aplikasi yang sama akan turut ditawarkan untuk pengguna Android dalam masa terdekat.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN