Close

OPPO A98 5G akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi

OPPO Malaysia bakal membawakan pengganti kepada OPPO A96 iaitu OPPO A98 5G ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Berikutan dari itu, beberapa maklumat awal mengenai peranti telahpun didedahkan seperti rekaan dan ciri menarik yang akan dibawakan.

Tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi penuh untuk OPPO A98 5G dikongsi. Namun berdasarkan dari maklumat yang dikongsi, peranti ini dilihat akan menawarkan kemampuan kamera yang lebih baik dengan kamera 64MP dan ciri Mircolens 40x.

Selain itu, OPPO A98 5G ini akan turut menyokong skrin yang lebih besar bersama paparan 120Hz. Bateri 5000mAh akan dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W. Pada ketika ini, OPPO Malaysia sedang mengadakan peraduan A-volusi Power OPPO A98 yang berlangsung sehingga 26 Mei. Peraduan ini menawarkan hadiah menarik seperti OPPO Watch dan OPPO Band. 

Buat masa ini, OPPO Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran, harga jualaan dan juga ketersediaan OPPO A98 5G.

ARTIKEL BERKAITAN