Close

Pandangan awal OPPO A98 5G – Apa yang menarik?

Perkara menarik mengenai OPPO adalah mereka sentiasa menghasilkan peranti kelas pertengahan yang berkualiti bersama fungsi yang menarik. Jadi, itulah yang cuba dibawa oleh OPPO melalui model baharu mereka iaitu OPPO A98 5G. Membawakan sejumlah spesifikasi menarik dan peningkatan yang ketara dari model sebelumnya.

Dari segi rekaan, OPPO A98 5G tidak membawakan perubahan yang ketara dari model sebelumnya. Masih membawakan sentuhan yang sama seperti model sebelumnya lebih-lebih pada rekaan kamera belakang. Namun, masih terdapat perkara yang boleh dipuji mengena rekaan peranti ini antaranya adalah panel belakang menggunakan gabungan dua kemasan jenis matte dan glossy menjadikan peranti ini lebih menonjol, minimalis dan tidak meninggalkan sebarang kesan cap jari.

Selain itu, ia turut menggunakan rekaan sisi jenis berkotak dengan sedikit melengkung pada bahagian sisi belakang yang dipanggil sebagai 3D Micro-Curved. Peranti ini terasa solid dan selesa ketika dipegang biarpun menggunakan panel belakang jenis plastik. Secara keseluruhan, rekaan peranti ini boleh dikatakan agak baik namun, banyak perkara boleh ditambah baik untuk peranti akan datang.

Untuk skrin, OPPO A98 5G ini hadir dengan skrin LTPS LCD bersaiz 6.72-inci FHD+ bersama paparan 120Hz. Walaupun menggunakan skrin LTPS LCD, peranti ini menyokong beberapa ciri menarik seperti kecerahan puncak pada 680 nits, touch sampling rate 240Hz, sokongan Widevine L1 untuk Netflix dan DCI-P3 color.

Secara keseluruhan, kemampuan skrin yang dibawakan pada OPPO A98 5G adalah amat baik dengan warna yang dihasilkan vibrant dan dapat menghasilkan warna dengan ketepatan yang baik. Namun, apa yang kami kurang suka adalah rekaan bezel yang agak tebal untuk peranti 2023.

OPPO A98 5G ini dijana dengan cip Snapdragon 695 yang dibina dengan teknologi 6nm yang dipadankan dengan GPU Adreno 619. Dari segi konfigurasi memori, ia hadir dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2. Untuk kapasiti bateri, ia menggunakan 5000mAh yang turut menyokong pengecasan SuperVOOC 67W, mengecas satu isian penuh hanya dalam 44 minit sahaja.

Spesifikasi yang dibawakan pada OPPO A98 5G boleh dikatakan sebagai terbaik dalam kelasnya. Sepanjang percubaan kami, tiada sebarang masalah prestasi yang dihadapi. Semua aplikasi dan permainan dapat dijalankan dengan baik.


Untuk fotografi, OPPO menawarkan sejumlah peningkatan pada OPPO A98 5G. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP f/1.7 + 2MP f/3.3 mikrolens + 2MP f/2.4 kedalaman dan 32MP  f/2.4 swafoto. Untuk kemampuan kamera, kami belum lagi dapat mencuba keupayaan penuh kamera peranti ini. Namun, kami sempat mengambil beberapa sampel gambar menggunakan kamera OPPO A98 5G. 


Spesifikasi menarik lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan ColorOS 13.1 yang berasaskan Android 13.

ARTIKEL BERKAITAN