Close

Pengeluaran siri Google Pixel A mungkin ditamatkan – Pixel 7a peranti terakhir?


Siri Google Pixel A bukanlah barisan baru dalam keluarga Pixel. Ia adalah peranti kelas pertengahan dengan kemampuan kamera yang sama seperti siri utama Pixel tetapi ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik. 



Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang Google Pixel 7a bakal menjadi siri A terakhir yang akan dilancarkan. Ia bermaksud, tiada lagi siri A yang akan dilancarkan pada masa akan datang. Selepas ini, Google mungkin hanya akan melancarkan varian standard, pro dan juga peranti boleh-lipat.


Salah satu sebab mengapa Google mengurangkan barisan keluaran mereka adalah kerana penawaran barisan baharu iaitu siri Google Pixel Fold. Perkara ini tidaklah mengejutkan, kerana Apple dan Samsung adalah antara pengeluar yang telah menamat atau mengurangkan barisan peranti mereka yang tertentu.


 Siri Google Pixel A mula diperkenalkan pada tahun 2019 melalui model Google Pixel 3a. Dijual pada harga lebih murah iaitu sekitar $399 (RM1774) berbanding siri utama iaitu Google Pixel 3 pada harga sekitar $799 (RM3557).


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN