Close

Perodua memperlihatkan kereta konsep EV pertama yang mirip seperti Myvi – Perodua EMO

Acara Malaysia Autoshow 2023 pada kali ini dimeriahkan dengan sebuah rekaan konsep EV pertama dari Perodua yang dikenali dengan nama EMO (Electric Motion Online). EMO membawakan rekaan mirip seperti Myvi dengan elemen futuristik yang dilihat seiring dengan perkembangan EV.


Secara keseluruhan, rekaan EMO ini sangat menonjol dengan banyak garisan tajam dan bersegi digunakan. Rekaan cermin sisi turut menggunakan rekaan jenis tajam dan terdapat garisan neon diletakan bagi mengambarkan ia sebuah kereta elektrik.

Kereta konsep ini dilaporkan mampu menghasilkan kuasa 95 PS dan tork 121 Nm. Mampu memecut 0 ke 100 km/j hanya dalam 10 saat dengan kelajuan maksimum 160 km/j. Dilengkapi dengan bateri 50 kWh yang mampu bergerak sejauh 350 km. Menyokong pengecasan DC pada 300 kW yang mampu mengecas 80% hanya dalam masa 20 minit.


Dimensi EMO ini dilihat hampir sama seperti Myvi dengan panjang 3895mm, lebar 1735mm dan tinggi 1515mm dengan jarak roda 2500 mm. Berikutan dari itu, rekaan EMO ini berkemungkinan akan turut digunakan pada Myvi generasi akan datang.


Menurut wakil Perodua, kereta elektrik ini mungkin akan tiba sekitar tahun 2025. Bagi yang berminat untuk melihat kereta konsep EV pertama dari Perodua ini,  boleh hadiri acara Malaysia Autoshow 2023 yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Mei ini bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

ARTIKEL BERKAITAN