Close

POCO F5 dan F5 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM1399

POCO secara rasmi melancarkan dua peranti baharu mereka di bawah siri POCO F5, tampil dalam dua pilihan varian iaitu POCO F5 dan POCO F5 Pro. Kedua-dua peranti ini membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik berbanding model terdahulu.

POCO F5 Pro

Merupakan model paling premium dalam siri Poco F5, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci WQHD+ bersama paparan 120Hz. POCO F5 Pro merupakan peranti pertama hadir dengan ketumpatan piksel tertinggi dengan 526 ppi dan turut menyokong touch sampling rate 480Hz.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri berkapasiti 5160mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 67W dan pengecasan tanpa wayar 30W.

Untuk fotografi, POCO F5 Pro dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP Omnivision OV64B + 8MP ultralebar + 2MP makro. Kamera ini turut menyokong OIS dan juga EIS untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah sistem penyejuk LiquidCool, pengimbas cap jari di bawah skrin, pelindung skrin Gorilla Glass 5, NFC, Bluetooth 5.3 dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13.

Di Malaysia, POCO F5 Pro dijual pada harga RM2099 (8GB+256GB), RM2199 (12GB+256GB) dan RM2399 (12GB+512GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli secara eklusif di Lazada bermula hari ini iaitu 9 Mei. Pembeli terawal akan menerima harga promosi iaitu RM1999 (8GB+256GB), RM2099 (12GB+256GB) dan RM2199 (12GB+512GB)

POCO F5

Untuk POCO F5, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 1080p yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 67W.

Dari segi fotografi, POCO F5 dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultralebar + 2MP makro. Kamera utama peranti ini turut menyokong OIS dan EIS untuk hasil imej dan video yang lebih baik. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP.

Peranti ini boleh dikatakan agak ringan denga berat 181 gram dan tebal hanya 7.9 mm. Spesifikasi lain yang dibawakan pada peranti ini adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, IR Blaster, Bluetooth 5.3 dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13.

Untuk harga jualan, POCO F5 dijual pada harga RM1699 (8GB+256GB) dan RM1799 (12GB+256GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli secara ekslusif di Shopee bermula hari ini iaitu 9 Mei. Pembeli terawal akan menerima harga promosi iaitu RM1399 (8GB+256GB) dan RM1499 (12GB+256GB).

ARTIKEL BERKAITAN