Close

Proton merancang untuk menawarkan satu model NEV setiap tahun

Proton merancang untuk melancarkan sekurang-kurang satu model Kenderaan Tenaga Baharu NEV pada setiap tahun. Perkara tersebut dikongsi oleh Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu.

 

Bagi mencapai tujuan tersebut, Geely akan berkongsi teknologi, kepakaran, produk baharu dan juga perniagaan model baharu. Dalam masa yang sama, Geely akan turut membantu dalam membentuk lebih dari 5000 bakat dalam bidang NEV untuk tempoh lima tahun akan datang.

 

Dengan perancangan ini, ia bakal membolehkan Proton menjadi salah satu peneraju dalam arena kenderaan NEV di rantau ASEAN sekaligus dapat membangunkan teknologi NEV baharu di Malaysia. NEV secara asasnya adalah kenderaan elektrik yang merangkumi kenderaan elektrik hibrid, kenderaan elektrik bateri dan kenderaan elektrik sel bahan api.

 

Sebelum ini, Proton merancang untuk memperkenalkan kenderaan elektrik pada 2027. Namun, perancangan tersebut telah dipercepatkan kepada 2 tahun lebih awal iaitu pada 2025 berikutan dari saranan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN