Close

Rangkaian 5G kedua dijangka akan diperkenal seawal tahun hadapan


Sebelum ini, kerajaan merancang untuk memperkenalkan rangkaian 5G kedua di Malaysia. Yang mana, rangkaian 5G kedua ini akan diterajui oleh entiti baharu, bukan di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) seperti mana pada ketika ini.


Terkini, kerajaan dijangka akan memperkenalkan rangkaian 5G kedua di Malaysia seawal tahun hadapan. Rangkaian 5G kedua ini akan menggunakan model perlaksanaan dwirangkaian dan akan diterajui oleh entiti baharu. Pada ketika ini, kerajaan menggunakan model perlaksanaan rangkaian borong tunggal (SWN) dan diterajui oleh DNB.

Perlaksanaan rangkaian 5G kedua ini dibuat selepas mengambil kira dan meneliti secara menyeluruh mengenai kesan perlaksanaan rangkaian 5G di Malaysia ketika ini. Biarpun rangkaian 5G kedua akan diperkenalkan, DNB kekal menjadi entiti pertama untuk perlaksanaan 5G di Malaysia.

Peralihan kepada model dwirangkaian akan dibuat berpandukan kepada syarat yang selari dengan peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian kepada semua termasuk sektor perindustrian. Pengenalan rangkaian 5G kedua ini dijangka akan memberikan lebih banyak manfaat kepada pengguna dalam masa yang sama meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi.

ARTIKEL BERKAITAN