Close

realme 11, 11 Pro dan 11 Pro+ dilancarkan dengan harga bermula sekitar RM1029

realme secara rasmi melancarkan siri baharu mereka bagi menggantikan model semasa melalui realme 11, realme 11 Pro dan realme 11 Pro+. Ketiga-tiga peranti ini hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dengan rekaan yang menarik dan berbeza dari model sebelumnya.

realme 11 Pro + merupakan peranti paling premium dalam siri ini, dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.43-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7050, dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalama sehingga 1TB. Kapasiti bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 200MP Samsung HP3 OIS + 8MP ultralebar + 2MP makro. realme 11 Pro+ merupakan peranti realme pertama yang hadir dengan sensor kamera 200MP. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, pembesar suara stereo, Bluetooth 5.2 dan menjalankan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

realme 11 Pro+ ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Green dan Beige yang menggukan kemasan kulit vegan eksklusif dengan jahitan benang emas. Di China, peranti ini dijual pada harga mencecah RM1672 (CNY 2,599) untuk 12GB + 1TB.

Seterusnya adalah realme 11 Pro, hadir dengan skrin melengkung AMOLED FHD+ bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalama sehingga 512 GB. Kapasiti bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Untuk fotografi, realme 11 Pro hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 100MP OIS + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, pembesar suara stereo, Bluetooth 5.2 dan menjalankan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

realme 11 Pro turut ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Green dan Beige yang menggukan kemasan kulit vegan eksklusif dengan jahitan benang emas. Harga jualan realme 11 Pro di China adalah bermula sekitar RM1094 (CNY 1,700) untuk 8GB + 256GB.

Akhir sekali adalah realme 11, hadir dengan skrin melengkung AMOLED FHD+ bersaiz 6.4-inci yang menyokong paparan 90Hz. Turut menyokong kecerahan puncak pada 1000 nits. Dijana dengan cip Dimensity 6020 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalama sehingga 256 GB. Kapasiti bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP OV64B40 + 2MP makro. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Di China, realme 11 ini ditawarkan pada harga bermula sekitar RM1029 (CNY 1,600) untuk 8GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN