Close

realme 11 Pro 5G dan 11 Pro+ 5G dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia

realme 11 Pro 5G dan realme 11 Pro+ 5G dilaporkan telah dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Sekaligus memberikan bayangan yang kedua-dua peranti tersebut akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.
Melalui maklumat yang diperolehi, kedua-dua peranti tersebut telah dikesan dipangakalan data SIRIM dengan nama realme 11 Pro 5G (RMX771) dan realme 11 Pro+ 5G (RMX3471), didaftarkan di bawah DTL Malaysia SDN BHD pada 11 Mei lalu.
Pengesahan SIRIM ini dilihat seiring dengan laporan mengenai pelancaran peranti ini ke pasaran global yang akan berlangsung pada Jun ini. Oleh yang demikian, peranti ini mungkin akan dilancarkan pada tarikh yang sama acara global atau sebaliknya.
Buat masa ini, realme Malaysia tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai spesisifkasi, ketersediaan dan juga tarikh pelancaran untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan mengenai siri realme 11 dari realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN