Close

Redmi Note 12 Pro 5G, Note 12 Pro dan Note 12S kini boleh dibeli di Malaysia

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi kini sedia untuk menawarkan siri baharu Redmi Note 12 untuk pasaran Malaysia. Tampil dengan tiga pilihan varian iaitu Redmi Note 12 Pro 5G, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12S.

Redmi Note 12 Pro 5G


Redmi Note 12 Pro 5G hadir dengan skrin Flow AMOLED FHD+ bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong 100% warga gamut DCI-P3, Dolby Vision dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5.

Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1080 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS2.2. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 67W. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP IMX766 OIS + 8MP ultra lebar + 2MP makro dan kamera swafoto 16MP. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Polar White dan Sky Blue. Dijual pada harga bermula RM1299 untuk 8GB + 256GB.

Redmi Note 12 Pro


Untuk Redmi Note 12 Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong 100% warga gamut DCI-P3, Dolby Vision dan kecerahan puncak pada 1100 nits. Skrin peranti ini dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5 dan mempunyai penarafan IP53.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 732G  yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 67W. Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 108MP  + 8MP ultra lebar + 2MP makro dan 16MP untuk swafoto.  Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu ​​Star Blue, Glacier Blue dan Polar White. Dijual pada harga bermula RM1099 untuk 8GB + 256GB.

Redmi Note 12S


Dan yang teakhir adalah Redmi Note 12S, hadir dengan skrin AMOLED FHD bersaiz 6.43-inci dengan paparan 90Hz. Turut menyokong 100% warga gamut DCI-P3, Dolby Vision dan kecerahan puncak pada 1000 nits. Skrin peranti ini dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5 dan mempunyai penarafan IP53.

Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G96 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 33W. Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 108MP Samsung HM2 OIS + 8MP ultra lebar + 2MP makro + 2MP kedalaman dan 16MP untuk swafoto.  Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu ​​Ice Blue, Pearl Green dan Onyx Black. Dijual pada harga bermula RM999 untuk 8GB + 256GB.

Bagi yang berminat, Redmi Note 12 Pro 5G, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12S boleh mula dibeli bermula hari ini iaitu 12 Mei di semua pengedar rasmi Xiaomi atau secara atas talian melalui Lazada atau Shopee. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM139 yang berupa Redmi Buds 4 Lite.

ARTIKEL BERKAITAN