✨May The Fold Be With You✨https://t.co/g6NUd1DcOJ#GoogleIO #PixelFold
— Made by Google (@madebygoogle) May 4, 2023
May 10 pic.twitter.com/K8Gk21nmo8
Google Pixel Fold dilihat hadir dengan rekaan yang kompak dan mirip seperti Oppo Find N2. Tampil dengan tetatapan tri-kamera belakang yang agak tebal dengan kemasan panel belakang matte yang berwarna seperti emas. Rekaan sisi sama seperti siri Google Pixel 7 dan menggunakan kemasan jenis glossy.
Selain itu, dapat dilihat rekaan skrin utama Pixel Fold tampil dengan bezel yang agak tebal berbanding peranti boleh-lipat yang ada di pasaran ketika ini. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi penuh bagi Google Pixel Fold.
Maklumat penuh mengenai Google Pixel Fold hanya akan diketahui pada hari pelancarannya yang akan berlangsung pada 10 Mei ini di Google I/O. Sama-sama kita nantikan.