Close

Renault Zoe E-Tech 2023 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM165K

Renault Zoe E-Tech 2023 kini sedia untuk ditawarkan di Malaysia, dibawa masuk melalui TC Euro Car (TCEC). Hadir dalam dua pilihan varian iaitu Zoe R110 dan Zoe R135, yang mana kedua-dua model tersebut dijana dengan motor elektrik tunggal pacuan roda hadapan.

Untuk Zoe R110, ia hadir dengan kuasa 108 hp dan Tork 225 Nm. Mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 11.4 saat, kelajuan maksimum adalah pada 135 km/j. Manakala Zoe R135 pula, ia hadir dengan kuasa 135 hp dan Tork 245 Nm. Mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat dengan kelajuan maksimum 140 km/j.

Bateri berkapasiti 52 kWh dimuatkan yang mampu bergerak sejauh 395 km untuk Zoe R110 dan 386 km untuk Zoe R135. Dari segi pengecasan, ia menyokong dua jenis pengecasan iaitu AC pada 22 kW dengan 0% ke 100% mengambil masa 3 jam dan DC pada 50 kW yang mengambil 70 minit untuk pengecasan dari 10% ke 80%.

Untuk ciri keselamatan, Renault Zoe E-Tech 2023 ini dimuatkan dengan pelbagai ciri seperti amaran penukaran lorong (LDW), anti-slip regulation (ASR), kawalan kestabilan elektronik (ESC), bantuan brek kecemasan (EBA) dan serta bantuan mula mendaki (HSA). Terdapat beberapa ciri tambahan seperti amaran titik buta (BSW), bantuan parkir bebas tangan, dan lampu tinggi adaptif (AHB) sekiranya anda membeli Zoe R135.


Di Malaysia, Renault Zoe R110 ditawarkan pada harga RM165,000 sementara untuk Zoe R135 pula adalah RM179,000. Kedua-dua varian hadir dengan jaminan selama 3 tahun atau 100,000 dan juga jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,00 km dengan minimum kapasiti pada 70%.

ARTIKEL BERKAITAN