Close

Samsung dan Tesla mungkin bekerjasama dalam pembangunan teknologi Automotif

Samsung dan Tesla berkemungkinan akan bekerjasama dalam pembangunan teknologi Automotif, selepas Pengerusi Eksekutif Samsung Electronics Lee Jae-yong dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon bertemu di Silicon Valley, California.

Pertemuan tersebut memberikan bayangan potensi untuk kedua-dua syarikat berkongsi kepakaran masing-masing dalam pembangunan teknologi Automotif seperti pembuatan cip untuk kereta autonomi, swapandu dan sebagainya.

Namun begitu, pertemuan dan perbincangan ini dikatakan masih lagi di peringkat awal. Tiada maklumat terperinci yang dikongsi oleh kedua-dua syarikat. Walaubagaimanapun, pertemuan ini dijangka akan membawa sinar baharu dalam pembangunan teknologi Automotif.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN