Due to the sluggish sales of the S series, there are predictions that Samsung Electronics will release the 'Galaxy S23 FE' in certain regions before the launch of the new foldable phone. In this case, the Galaxy S23 FE is expected to be released around July or August. https://t.co/pxlXiNybq5
— Revegnus (@Tech_Reve) May 24, 2023
Menurut laporan tersebut, Samsung Galaxy S23 FE mungkin akan dilancarkan sekitar bulan Julai atau lebih awal dari jangkaan. Antara sebab utama Samsung merancang untuk melancarkan peranti ini lebih awal kerana penjualan siri Samsung Galaxy S23 dilihat tidak memberangsangkan berbanding model sebelumnya.
Berikutan dari itu, Samsung Galaxy S23 FE akan menjadi alternatif terbaik untuk pengguna kerana harga jualan yang lebih mampu. Selain itu, pembangunan untuk Samsung Galayx S23 FE dijangka akan lebih pendek kerana tidak melibatkan perubahan ketara dari segi spesifikasi dan rekaan yang ketara.
Samsung Galaxy S23 FE dijangka akan hadir dengan cip Exynos 2200, 8GB RAM, storan dalaman sehingga 25GB, kamera utama 50MP dan bateri sebesar 4500mAh. Namun begitu, laporan ini masih lagi terlalu untuk diperkatakan. Mungkin akan terdapat perubahan dari masa ke semasa.