Close

Samsung Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 mungkin akan diperkenalkan pada 26 Julai ini

Generasi baharu peranti boleh-lipat dari Samsung iaitu Galaxy Z Flip5 dan Fold5 dijangka akan dilancarkan dua minggu lebih awal iaitu pada 26 Julai. Yang mana, untuk model sebelum ini ia dilancarkan sekitar bulan Ogos.
Menurut laporan, acara pelancaran tersebut dijangka akan berlangsung di Seoul Korea dan penjualannya akan bermula sekitar Ogos. Salah satu sebab pelancaran awal dilakukan adalah untuk meningkatkan pretasi jualan peranti tersebut.
Samsung Galaxy Z Flip5 dan Fold5 dijangka akan membawakan perubahan yang lebih ketara seperti rekaan engsel yang lebih baik, jangka hayat bateri yang lebih tahan lama dan spesifikasi yang dipertingkat.

ARTIKEL BERKAITAN