Close

Siri ASUS ROG Phone 7 kini rasmi dengan harga bermula RM3599

ASUS Malaysia kini sedia menawarkan barisan baharu peranti permainan mereka untuk pasaran tempatan. Hadir dengan dua varian iaitu Asus ROG Phone 7 dan Asus ROG Phone 7 Ultimate. Membawakan sejumlah peningkatan spesifikasi, sistem penyejukkan yang lebih baik dan juga kemampuan kamera yang lebih versatil.


ROG%20Phone%207%20&%20Ultimate%20Group%20Photo


Secara asasnya, kedua-dua peranti berkongsi spesifikasi yang hampir sama, dibezakan dengan rekaan pada bahagian kipas yang mempunyai lubang udara terbuka untuk membantu sistem penyejukkan pada Asus ROG Phone 7 Ultimate. Untuk spesifikasi, kedua-dua peranti dilengkapi dengan skrin 6.78-inci dengan Corning Gorilla Glass Victus yang turut menyokong paparan 165Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.


ROG%20Phone%207%20Group%20Photo


Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan sistem tri-kamera pada bahagian belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX766 + 13MP ultra lebar + 5MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Bateri 6000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 65W.

 

gg1


Antara perkara menarik yang dibawakan pada siri Asus ROG Phone 7 adalah ia hadir dengan sistem penyejukkan GameCool 7 yang dapat mempercepatkan penyejukkan. Selain itu, butang air trigger kini mempunyai fungsi tambahan yang boleh dilaraskan mengikut kepada pergerakan tertentu melalui Press dan Lift.



Pengguna juga kini boleh memilih paparan secara manual melalui perisian Armory Crate seperti120Hz, 144Hz atau 165Hz sekaligus memberikan pengguna lebih banyak pilihan paparan. Asus turut menawarkan aksesori baharu iaitu Aeroactive Cooler 7 yang menyokong subwoofer. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, penarafan IP54, Wi-Fi 7, pembesar suara jenis stereo dan lain-lain.

Untuk harga jualan, Asus ROG Phone 7 dijual pada harga bermula dari RM3599 (12GB + 256GB) RM4299 (16GB+512GB) Manakala, Asus ROG Phone 7 Ultimate pula dijual pada harga RM4999 (16GB+512GB). 

Bagi yang berminat, ASUS ROG Phone 7 boleh mula dibeli bermula hari ini sehingga 14 Mei. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM949 berupa AeroActive 6, kerangka DevilCase dan tempered glass anti-mikrobial. Sementara, untuk ROG Phone 7 Ultimate, ia akan dijual bermula 15 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN