Close

BMW 5 Series 2024 kini rasmi – i5 M60 xDrive turut diperkenalkan

BMW secara rasmi melancarkan generasi ke-8 BMW 5 Series, yang mana model generasi ke-8 ini menggunakan kod chasis G60. Untuk BWM 5 Series 2024, ia ditawarkan dalam tiga pilihan trenkuasa iaitu ICE, PHEV dan juga EV, bergantung kepada pasaran.

BMW 5 Series 2024 hadir dengan lima pilihan varian iaitu BMW 530i, BMW 530i xDrive, BMW 540i xDrive, BMW i5 eDrive40 dan BMW i5 M60 xDrive. Terdapat perubahan dimensi pada BMW 5 Series 2024, tampil dengan dimensi lebih besar dengan 97 mm lebih panjang 5,060 mm, 32mm lebih lebar 1900 mm, 36 mm lebih tinggi 1515 mm dan 20 mm lebih jarak roda 2995 mm.
Model asas untuk BMW 5 Series 2024 adalah BMW 530i dan 530i xDrive, menggunakan enjin petrol 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 255 hp dan tork 400 Nm dengan kemampuan pacuan semua roda xDrive atau pacuan roda belakang. Harga jualan untuk model ini bermula sekitar $57,900 (RM266K).
Manakala untuk model BMW i5 540i xDrive, ia hadir dengan enjin petrol enam silinder 3.0 yang mampu menghasilkan 375 hp dan tork 520 Nm. Model ini turut menggunakan sistem mild hybrid 48 volt yang mampu meningkatkan tork kepada 540 Nm. Harga jualan untuk model ini bermula sekitar $64,900 (RM297K).
Sementara untuk dua lagi model adalah BMW i5 eDrive40 dan i5 M60 xDrive, yang mana kedua-dua menggunakan elektrik sepenuhnya. Untuk BMW i5 eDrive40 ia menggunakan motor elektrik tunggal bahagian belakang yang mampu menghasilkan kuasa 340 hp dan tork 430 Nm. Mampu memecut 0-100 km/j dalam 6 saat dan kelajuan maksimum 193 km/j. 
Sementara untuk BMW i5 M60 xDrive, ia hadir dengan dwi-motor elektrik yang menghasilkan 601 hp dan tork 820 Nm. Mampu memecut 0-100 km/j dalam 3.8 saat dan kelajuan maksimum 230 km/j. Harga jualan bagi model ini adalah bermula sekitar $66,800 (RM306K) untuk eDrive40 dan M60 xDrive pula adalah sekitar $84,100 (RM386K).

ARTIKEL BERKAITAN