Close

Siri HONOR 90 dilancarkan dengan kamera 200MP dan cip Snapdragon 8+ Gen 1

HONOR mengemaskini peranti mereka dengan melancarkan dua peranti baharu iaitu HONOR 90 dan HONOR 90 Pro. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik dan menarik.

HONOR 90 Pro


Merupakan model paling premium dalam siri HONOR 90. Hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.78-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Skrin peranti ini turut menyokong kandungan HDR dan kecerahan puncak pada 1600 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 32MP telefoto + 12MP utlra lebar. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor 50MP potret + 2MP kedalaman. Bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, GPU Turbo X, NFC, PWM Dimming dan menjalankan MagicUI 7.1 yang berasaskan Android 13. Di China, HONOR 90 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY3299 (RM2148) untuk 12GB + 256GB.

HONOR 90


Manakala untuk HONOR 90, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci FHD+ bersama paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak pada 1600 nits dan kandungan HDR. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 200MP + 12MP ultra lebar + 2MP kedalaman. Sementara untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 50MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, GPU Turbo X, NFC, pengimbas cap jari di bawah skrin dan menjalankan MagicUI 7.1 yang berasaskan Android 13. Di China, HONOR 90 dijual pada harga bermula sekitar CNY2499 (RM1628) untuk 12GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN