Close

Siri Infinix Note 30 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM699

Infinix kini sedia untuk membawakan barisan baharu peranti mereka untuk pasaran tempatan, barisan baharu tersebut adalah Infinix Note 30 dan Infinix Note 30 Pro. Kedua-dua peranti ini adalah peranti kelas pertengahan yang ditawarkan dengan harga lebih mampu milik.

Infinix Note 30

Untuk Infinix Note 30, ia hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.78-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Helio G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 45W.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 2MP kedalaman + AI kamera. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah NFC, bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo dari JBL dan menjalankan Android 13.

Untuk harga jualan, Infinix Note 30 ditawarkan dengan harga RM699 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna Obsidian Black dan Intersteller Blue. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan bermula 25 Mei melalui kedai rasmi atas talian Infinix Lazada dan Shopee.

Infinix Note 30 Pro

Seterusnya adalah Infinix Note 30 Pro, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Helio G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 68W.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP kedalaman + AI kamera. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah NFC, bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo dari JBL dan menjalankan Android 13.

Untuk harga jualan, Infinix Note 30 Pro ditawarkan dengan harga RM899 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna Magic Black dan Variable Gold. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan bermula 25 Mei melalui kedai rasmi atas talian Infinix Lazada dan Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN