Close

Siri iPhone 14 menerima diskaun sehingga RM650

Berita gembira untuk anda yang ingin membeli siri iPhone 14 dengan harga lebih murah. Sesetengah pengedar rasmi Apple di Malaysia kini menawarkan diskaun sehingga RM500 hingga RM650 untuk siri iPhone. Menjadikan, harga baharu untuk iPhone 14 128GB RM3599iPhone 14 Plus 128GB RM4099, iPhone 14 Pro 128GB RM4749 dan iPhone 14 Pro Max 128GB RM5249.



Sebagai perbandingan, harga jualan siri iPhone 14 dengan konfigurasi yang sama sewaktu dilancarkan adalah RM4199 untuk iPhone 14 128GBRM4699 untuk iPhone 14 Plus 128GB , RM5299 untuk iPhone 14 Pro 128GB dan RM5799 untuk iPhone 14 Pro Max 128GB .


Namun begitu, harga diskaun ini hanya tersedia di beberapa pengedar rasmi Apple sahaja. Antaranya ialah Thunder, Machines, SenQ, Switch dan juga  IT World. Dengan penawaran diskaun sehingga RM650 untuk siri iPhone 14. Ia mungkin waktu yang sesuai untuk anda menaik taraf peranti semasa kepada peranti baharu.

ARTIKEL BERKAITAN