Close

Siri iQOO Neo8 dilancarkan – Cip Dimensity 9200+, paparan 144Hz dan pengecasan 120W

iQOO secara rasmi melancarkan dua peranti baharu iaitu iQOO Neo8 dan iQOO Neo8 Pro bagi menggantikan model semasa mereka. Kedua-dua peranti ini hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.


iQOO Neo8 Pro merupakan peranti paling premium dari siri iQOO Neo8. Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-ini bersama paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9200+ yang dipadankan dengan RAM 16GB LPDDR5X dan storan dalama sehingga 512GB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 120W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS Sony IMX866 + 8MP ultra lebar. Sementara swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti WiFi 7, Vapor Chamber baharu dan menjalankan OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

Manakala untuk iQOO Neo8, ia hadir dengan spesifikasi yang sama hampir sama tapi dibezakan dengan cip dan juga kemampuan kamera. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM 16GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 120W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS GN5 + 2MP kedalaman. Sementara swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti WiFi 7 dan menjalankan OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

Dari segi harga jualan, iQOO Neo8 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY 3,099 (RM2010) untuk 16GB + 256GB, sementara untuk iQOO Neo8 pula ia dijual pada harga bermula sekitar CNY 2,299 (RM1491) untuk 12GB + 256GB. Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN