Close

Siri OPPO Reno10 dilancarkan dengan harga bermula sekitar RM1633

Oppo secara rasmi mengumumkan siri baharu OPPO Reno10 bagi menggantikan model semasa. Hadir dengan tiga pilihan varian iaitu OPPO Reno10, OPPO Reno10 Pro dan OPPO Reno10 Pro+. Seperti yang kita tahu, siri Oppo Reno ini lebih memfokuskan kepada kemampuan kamera, reka bentuk premium dan spesifikasi yang dipertingkat.

OPPO Reno10 Pro+


Merupakan model paling tinggi dalam siri OPPO Reno10. Hadir dengan skrin OLED FHD+ bersaiz 6.74-inci yang turut menyokong paparan 120Hz dan ProXDR. Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan 16GB LPDRR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 100W.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 64MP OIS telefoto + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Kemampuan kamera ini turut ditala dengan cip MariSilicon untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Harga jualan model bermula sekitar CNY3899 (RM2540).

OPPO Reno10 Pro


Untuk OPPO Reno10 Pro, ia hadir dengan skrin OLED FHD+ bersaiz 6.74-inci yang turut menyokong paparan 120Hz dan ProXDR. Dijana dengan cip Dimensity 8200 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDRR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 4600mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 32MP OIS telefoto + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Kemampuan kamera ini turut ditala dengan cip MariSilicon untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Harga jualan model bermula sekitar CNY3499 (RM2289).

OPPO Reno10


Model terakhir adalah OPPO Reno10, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 4600mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 80W.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 32MP telefoto + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Harga jualan untuk model bermula sekitar CNY2499 (RM1633).

Ketiga-tiga model ini buat masa ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja. Tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan peranti ini di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN