Close

Skuad MLBB raih Perak di Sukan SEA Kemboja 2023

Sumber : MPL Malaysia

Impian skuad (Mobile Legends Bang Bang) MLBB Malaysia untuk membawa pulang pingat Emas ke tanah air tidak kesampaian, apabila tewas di tangan Filipina yang juga juara bertahan pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam.

Biarpun tewas 3-0 pada perlawanan tersebut, skuad MLBB Malaysia layak menerima pujian kerana telah mencipta sejarah tersendiri selepas berjaya mara ke perlawanan akhir buat pertama kali di pentas antarabangsa dan mendapat pingat perak pada acara tersebut. 

Sumber : MPL Malaysia

Skuad MLBB Malaysia memulakan perjalanan Sukan Sea Kemboja 2023 dengan rentak cemerlang, menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan termasuk menewaskan Filipina 1-0. Di peringkat kumpulan, skuad MLBB Malaysia  diletakkan bersama Timor Leste, Laos, Vietnam dan Filipina.

Sumber : MPL Malaysia

Untuk acara Mobile Legends Sukan Sea Kemboja 2023, skuad MLBB Malaysia di barisi oleh CikuGais, Momo (Todak) Rippo, Izanami (RSG Slate MY) Chibii (Homebois) Xorn (Yoodo Red Giants Esports) dan Garyy (Team Haq). Dengan kejayaan tersebut, kami ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada skuad MLBB Malaysia kerana telah menunjukan semangat juang yang tinggi sekaligus berjaya meraih perak di Sukan SEA Kemboja 2023.

ARTIKEL BERKAITAN