Close

Skuter Elektrik BWM CE 04 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM59,500

Skuter elektrik BMW CE 04 kini boleh dibeli di Malaysia bermula hari ini. Skuter elektrik ini sebenarnya telahpun diperlihatkan secara rasmi pada Januari 2023 oleh BMW Motorrad Malaysia. Namun, tidak didedahkan harga rasmi untuk skuter tersebut.

BMW CE 04 menggunakan motor elektrik 31kW (42 hp) dan tork maksimum 62Nm. Dimuatkan dengan bateri lithium ion 8.9 kWh yang mampu berjalan sehingga 130 km dengan satu isian penuh. Kelajuan maksimum sekitar 120km/j dan mampu memecut dari 0 hingga 50km/j hanya dalam 2.6 saat.

Selain itu, terdapat pelbagai mod tunggangan yang berbeza pada BWM CE 04 iaitu Eco, Rain, Rain dan juga Dynamic. Yang mana, mod ini membolehkan penunggang menyesuaikan tunggangan dengan keadaan sekeliling. 

Dari segi pengecasan, BWM CE 04 ini boleh dicas menggunakan soket rumah atau wallbox dengan kuasa 2.3kW yang mengambil masa sekitar 4 jam 20 minit untuk satu isian penuh. Ia turut menyokong pengecasan 6.9kW yang mengambil masa 45 minit dari 20% ke 80%.


Untuk spesifikasi lain, BMW CE 04 ini turut hadir dengan skrin berwarna bersaiz 10.25 TFT yang menyokong Intergrated Map Navigation, statisik kenderaan, status dan boleh disambung melalui BMW Motorrad Connected App. Dari segi keselamatan, ia hadir dengan ciri BMW Motorrad Integral ABS Pro yang ditawarkan secara standard.



Bagi yang berminat, Skuter elektrik BMW CE 04 ini dijual pada harga RM59,500 tidak termasuk insurans. Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan dengan jumlah yang sangat terhad iaitu sebanyak 120 unit sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN