Close

Sony ZV-1 II kini boleh mula dibeli di Malaysia dengan harga RM3999

Sony kini sedia untuk menawarkan kamera Vlog baharu melalui model Sony ZV-1 II. Merupakan kamera Vlog generasi ke-2 dan membawakan peningkatan dari segi kemampuan kamera yang lebih baik dari model sebelumnya.

Secara keseluruhan, Sony ZV-1 II masih lagi membawakan spesifikasi dan rekaan yang sama seperti model Sony ZV-1 I. Perubahan ketara hanyalah pada kemampuan kamera dengan lensa zum ultra lebar yang lebih luas dengan 18-50mm f1.8-4.

Selain itu, ia masih lagi membawakan ciri yang sama seperti sambungan jenis USB-C, mikrofon 3 kapsul, rekaan tubuh dan antara muka yang sama. Untuk harga jualan, Sony ZV-1 II dijual pada harga RM3999. Bagi yang berminat, Sony ZV-1 II kini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 30 Jun. Setiap pra-tempahan akan mendapat hadiah percuma seperti 64GB SD Card dan GP-VPT2BT Wireless Shooting Grip.

ARTIKEL BERKAITAN