Close

Spesifikasi dan imej Google Pixel Fold tertiris

Google telahpun menjadualkan acara Google I/O yang akan berlangsung pada 10 Mei ini. Pada acara tersebut, Google berkemungkinan akan turut mengumumkan beberapa produk antaranya adalah Google Pixel Fold.

Terbaru,  PhoneArena dan Evan Blass telah berkongsi beberapa maklumat mengenai spesfikasi dan juga imej rasmi Google Pixel Fold. Berdasarkan dari imej rasmi tersebut, memperlihatkan Google Pixel Fold akan hadir dengan rekaan kompak seperti Oppo Find N2. 

Dari segi spesifikasi, Google Pixel Fold dijangka akan dilengkapi dengan skrin dalamman 7.6-inci OLED 120Hz dan skrin luaran bersaiz 5.8-inci OLED 120Hz. Berat peranti adalah sekitar 283 gram dan dimuatkan dengan bateri 4821 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 30W.

Akan dijana dengan cip Google Tensor G2 yang digabungkan dengan RAM 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Untuk keupayaan fotografi, ia hadir dengan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 10.5MP ultra lebar + 10.5MP telefoto. Untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 9.5MP pada bahagian luar dan 8MP pada bahagian dalam.

Spesifikasi lain yang dijangka akan turut hadir adalah seperti penarafan IPX8, USB Type C 3.2 generasi ke-2 dan Titan M2. Buat masa ini, Google belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai peranti boleh-lipat pertama mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN