Close

Spesifikasi Nothing Phone (2) tertiris

Nothing sebelum ini, telahpun mendedahkan beberapa maklumat awal mengenai Nothing Phone (2). Antara maklumat awal tersebut adalah seperti rekaan panel belakang dan juga masa pelancarannya iaitu sekitra Jun 2023.

Terbaru, terdapat laporan yang mendedahkan spesifikasi penuh Nothing Phone (2). Berdasarkan dari laporan tersebut, dapat dilihat tiada perubahan ketara dari segi spesifikasi selain menggunakan Snapdragon 8+ Gen 1.

Nothing Phone (2) dijangka akan hadir dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5, storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.0, bateri 5000mAh, paparan AMOLED 120Hz dan turut akan menyokong pengecasan pantas berwayar serta tanpa wayar.

Peningkatan yang mungkin menarik pada Nothing Phone (2) adalah pada bahagian kamera. Yang mana, ia mungkin akan hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP bersama dua lagi sensor iaitu ultra lebar dan telefoto, yang tidak didedahkan perinciannya.

Laporan mengenai spesifikasi ini masih lagi tidak rasmi. Kami mengharapkan yang Nothing akan membawakan sesuatu yang lebih ketara dari model sebelumnya. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN