Close

Sweden membina jalan raya elektrik yang mengecas kereta EV pertama di dunia


Sweden bakal menjadi negara pertama di dunia yang akan mempunyai jalan elektrik kekal, yang mana jalan elektrik ini membolehkan kenderaan elektrik (EV) dicas semasa bergerak.

Jalan elektrik kekal pertama di dunia ini dijangka akan siap dibina menjelang tahun 2025. Namun begitu, Sweden belum lagi memutuskan kaedah pengecasan yang bakal digunakan. Terdapat tiga kaedah pengecasan yang tersedia buat masa ini iaitu sistem katenari, sistem konduktif (berasaskan tanah) dan sistem induktif.


Untuk pengecasan sistem katenari, ia adalah jenis Overhead Wired yang lebih memfokuskan kepada kenderaan berat seperti bas dan kereta api. Manakala, sistem pengecas konduktif pula mirip seperti rel kereta api yang mengecas apabila kenderaan menyentuh rel dan lebih sesuai kepada kenderaan ringan. Akhir sekali adalah sistem pengecas induktif, menggunakan peralatan khas yang ditanam pada jalan untuk mengecas EV melalui gegelung.

Pembinaan jalan elektrik kekal ini dibuat selepas kesatuan eropah meluluskan undang-undang yang memerlukan semua kereta baharu mempunyai sifar pelepasan CO2 bermula 2035. Pada ketika ini, Sweden telahpun memperkenalkan jalan elektrik sementara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN