Close

Tecno Phantom V Fold 5G kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM4999

Tecno Phantom V Fold 5G yang merupakan peranti boleh-lipat pertama dari Tecno kini boleh mula dibeli di Malaysia. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih, boleh didapati di kedai rasmi Tecno di Shopee dan Lazada.



Sekiranya anda berminat, peranti ini ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM4999 jika dibeli pada 5 hingga 9 Mei. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM899 yang berupa Smart Foldable Electric Scooter. Selepas tarikh tersebut, peranti ini akan dijual pada harga asal iaitu RM5399.


Tecno Phantom V Fold 5G ini hadir dengan skrin dalaman jenis rata bersaiz 7.85-inci resolusi 2K+ dan skrin luaran jenis melengkung bersaiz 6.42-inci resolusi 1080p. Kedua-dua skrin menggunakan panel dari AMOLED yang turut menyokong paparan LTPO 120Hz.


Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9000+ yang dipadankan dengan RAM 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 45W.


Dari segi fotografi, Tecno Phantom V Fold hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto + 13MP ultralebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 16MP untuk skrin dalaman dan 32MP untuk skrin luaran.

ARTIKEL BERKAITAN