Close

Tecno Phantom V Fold akan tiba di Malaysia pada 4 Mei ini

Tecno Phantom V Fold yang merupakan peranti boleh-lipat pertama dari Tecno disahkan akan tiba untuk pasaran Malaysia pada 4 Mei ini, merujuk kepada penyenaraian peranti tersebut di laman Tecno rasmi di Shopee.

Berdasarkan spesifikasi yang dikongsi pada laman web rasmi Tecno, peranti ini dilengkapi dengan skrin dalaman jenis rata bersaiz 7.85-inci resolusi 2K+ dan skrin luaran jenis melengkung bersaiz 6.42-inci resolusi 1080p. Kedua-dua skrin menggunakan panel dari AMOLED yang turut menyokong paparan LTPO 120Hz.

Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9000+ yang dipadankan dengan RAM 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 45W.

Dari segi fotografi, Tecno Phantom V Fold hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto + 13MP ultralebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 16MP untuk skrin dalaman dan 32MP untuk skrin luaran.

Buat masa ini, Tecno belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga jualan untuk Tecno Phantom V Fold di Malaysia. Sewaktu pelancarannya peranti ini di India, ia ditawarkan pada harga bermula sekitar INR 89,999 (RM4904) untuk konfigurasi asas 12GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN