Close

Tempahan janji temu rawatan pergigian kini boleh dibuat melalui MySejahtera



Sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperluaskan sokongan janji temu melalui aplikasi MySejahtera kepada perkhidmatan kesihatan pergigian. Peringkat awal sokongan janji temu ini hanya tersedia untuk Pulau Pinang dan Melaka, kini ia sedia untuk semua pengguna di seluruh negara.


Melalui sokongan ini, pengguna kini boleh membuat temu janji melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan rawatan pergigian. Selain itu, ia juga dapat mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan pergigian dalam masa yang sama orang awam dapat merancang masa yang sesuai untuk mendapatkan perkhidmatan.


Untuk kes kecemasan berkaitan pergigian, orang awam tidak perlu melakukan tempahan temu janji. Sebaliknya, terus pergi ke mana-mana klinik pergigian berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN