Close

Tesla Bot kini boleh berjalan dan meniru pergerakan manusia


Pada tahun lalu, Tesla telahpun memperlihatkan prototaip robot manusia pada acara artificial-intelligence Tesla Inc. Robot berbentuk manusia tersebut dikenal sebagai Optimus atau Tesla Bot.


Dalam kemas kini terbaru Tesla Bot, memperlihatkan robot tersebut kini boleh berjalan tanpa sebarang kabel dan mampu meniru pergerakan manusia seperti memegang objek dalam tangan. Selain itu, Tesla Bot turut diperlihatkan berjalan secara berkumpulan dan mampu melakukan tugasan dalam kilang.


Turut dapat dilihat, Tesla Bot juga menyokong sistem untuk mengenal, memetakan persekitaran dan juga motor torque control. Walaupun menunjukan pelbagai peningkatan yang lebih baik dari versi awal namun, pergerakan Tesla Bot dilihat sedikit perlahan dan tidak begitu lancar.
Berikutan dari itu, Tesla mungkin memerlukan masih yang lebih lama untuk menghasilkan Tesla Bot yang lebih pantas dan tangkas.

ARTIKEL BERKAITAN