Close

Tiada lagi subsidi elektrik untuk T20

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan tiada lagi subsidi elektrik akan diberikan kepada rumah dengan penggunaan kuasa yang berlebihan. Perkara tersebut dinyatakan selepas sidang media Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Menurut Perdana Menteri, kenaikan kadar elektrik adalah untuk kediaman persendirian dengan penggunaan kuasa yang sangat tinggi seperti satu rumah menggunakan tiga kipas dan penghawa dingin pada waktu yang sama. Kenaikan kadar elektrik ini hanya akan menjejaskan mereka yang menggunakan kuasa berlebihan dan bukannya isi rumah B40 dan M40.

Subsidi untuk isi rumah B40 dan M40 masih lagi akan dikekalkan dengan cara mengimbangi kos kepada kilang-kilang utama yang tidak terlibat dalam pertanian atau PKS. Dalam pada itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk merasionalisasikan subsidi bagi memastikan ia lebih bersasar.

Sekiranya perlaksaan ini dilakukan, isi rumah yang tidak layak menerima subsidi elektrik perlu membayar sekitar RM0.841 untuk setiap kWj berbanding RM0.57 untuk setiap kWj sebelum ini. Oleh yang demikian, pengguna kenderaan elektrik yang mengecas di rumah mungkin perlu membayar kadar elektrik yang lebih tinggi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN