Close

Truecaller bekerjasama dengan WhatsApp untuk sekat panggilan tidak dikenali

Masalah panggilan spam melalui internet kini dilihat semakin merisaukan. Di India, secara purata 17 panggilan spam melalui internet dibuat pada setiap bulan. 

Berikutan dari itu, aplikasi menyekat panggilan spam Truecaller akan berkerjasama dengan WhatsApp dan aplikasi permesejan lain untuk menapis panggilan yang tidak dikenali. Ciri ini dijangka akan tiba secara global tidak lama lagi, yang mana pada ketika ini ciri tersebut dalam fasa ujian.

Truecaller sebelum ini menerima jumlah laporan yang tinggi mengenai panggilan spam melalui internet di India sejak dua minggu lalu. Truecaller kini mempunyai 350 juta pengguna, dengan 250 juta daripadanya adalah penduduk India.

ARTIKEL BERKAITAN