Twitter dilaporkan sedang menguji fungsi muat turun video - FUZZ.MY

Friday, May 26, 2023

Twitter dilaporkan sedang menguji fungsi muat turun video


Fungsi yang mungkin ditunggu-tunggu boleh kebanyakan pengguna Twitter iaitu muat turun video dilaporkan akan hadir tidak lama lagi.


Melalui perkongsian @ehikian di Twitter, memperlihatkan antara muka baharu pemain video dengan beberapa pilihan termasuk muat turun video. Selain itu, terdapat juga pilihan seperti mengaktifkan sari kata, menukar kelajuan video, kongsi video dan juga lapor video. Fungsi ini dilaporkan masih lagi dalam fasa pembangunan dan tiada maklumat mengenai ketersediaan fungsi ini.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah fungsi ini akan tersedia kepada semua pengguna atau hanya akan tersedia untuk pelanggan Twitter Blue sahaja.