Close

WhatsApp bakal hadir dengan fungsi seperti Telegram Channel

Seperti yang kita tahu, WhatsApp ketika ini sedang membangunkan pelbagai fungsi menarik pada aplikasi mereka, dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Terbaru, WhatsApp dilaporkan akan hadir dengan fungsi Channel yang mirip seperti Telegram Channels.

Fungsi WhatsApp Channels ini membolehkan pengguna untuk megikuti saluran dan topik yang diminati di mana perkongsian tersebut akan dihantar kepada penerima secara sehala dan tiada had pengikut. Selain itu, pemilik WhatsApp Channels juga boleh berkongsi kemas kini penting seperti berita, acara dan sebagainya serta boleh berhubung dengan pengikut mereka.

Dari segi keselamatan dan privasi, maklumat pemilik WhatsApp Channels tidak akan didedahkan. Pengikut tidak akan dapat melihat maklumat peribadi pemilik Channel seperti nama, nombor telefon, foto profil dan lain-lain.

Fungsi ini dilaporkan sedang dibangunkan dan dijangka akan tersedia kepada pengguna beta dalam kemas kini akan datang. Berikutan dari itu, kami menjangkakan yang fungsi ini mungkin akan tiba tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN