Close

Xiaomi Civi 3 dilancarkan dengan harga sekitar RM1633

Xiaomi secara rasmi mengumumkan peranti baharu yang memfokuskan kepada keupayaan kamera swafoto melalui model Xiaomi Civi 3. Peranti ini hadir dengan tetapan dwi kamera hadapan dengan sensor sebesar 32MP.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Civi 3 hadir dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.55-inci dengan paparan 120Hz. Skrin ini turut menyokong kecerahan puncak 1500 nits dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8200 Ultra yang dipadan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.2. Bateri 4500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 67W.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan tri kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan tetapan dwi kamera dengan sensor 32MP sudut lebar + 32MP OIS. Menjalankan MIUI 14 yang berasaskan Android 13.

Di China, Xiaomi Civi 3 ditawarkan dengan harga bermula sekitar CNY2499 (RM1633) untuk model asas 12GB+256GB. Turut ditawarkan dengan empat pilihan warna Mint, Gold, Gray dan Purple

ARTIKEL BERKAITAN