Close

YouTuber berdepan penjara 20 tahun kerana menghempaskan kapal terbang demi video

Seorang YouTuber yang sering menghasilkan kandungan video tentang aksi, berdepan penjara sehingga 20 tahun kerana dengan sengaja menghempaskan kapal terbang yang dipandu sekitar selatan California, AS demi menghasilkan sebuah video di YouTube.

YouTuber tersebut adalah Trevor Jacob yang mempunyai 139K pengikut di YouTube dengan tajuk video ‘I Crashed My Airplane’ yang dimuat naik pada Disember 2021 dan sudah mendapat jumlah tontonan melebihi 3.6 juta ketika ini.

Jacob telah meletakkan beberapa kamera pada kapal terbang tersebut dan terdapat kamera yang beliau sendiri pegang semasa terjun dari kapal terbang yang ditinggalkan sehingga terhempas dengan sendirinya dan sebagai bukti tindakan beliau.

Lesen juruterbang Jacob juga turut ditarik balik oleh pihak Federal Aviation Administration (FAA) pada April 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN