Close

Apple Mac Studio kini rasmi dengan cip Apple M2 Ultra dan harga bermula RM18,999

Apple turut mengumumkan Mac Studio baharu pada acara WWDC 2023, hadir dengan dua pilihan cip iaitu M2 Ultra dan M2 Max. Apple mendakwa, Mac Studio baharu ini menawarkan peningkatan prestasi yang lebih berkuasa dari model sebelumnya.

Mac Studio dengan cip M2 Ultra menawarkan peningkatan prestasi sehingga 6 kali ganda, menggunakan CPU 24 teras dan GPU 76 teras. Manakala, Mac Studio dengan cip M2 Max pula menawarkan peningkatan prestasi sehingga 4 kali ganda berbanding model yang terdahalu. Dari segi konfigurasi, ia hadir dengan RAM sehingga 192GB dan storan dalaman sehingga 8TB.


Untuk paparan, Mac Studio baharu ini menyokong sehingga resolusi 8K dengan paparan 240Hz atau menyokong sehingga 6 monitor Pro Display XDR dengan resolusi 6K setiap satu. Dari segi sambungan, ia menyokong pelbagai jenis port seperti HDMI, 2x USB-A, bicu audio, Thunderbolt 4, LAN 10GB dan juga pembaca kad memori SDXC. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3 dan menjalankan sistem operasi MacOS Ventura.

Di Malaysia, Mac Studio baharu ini dijual pada harga bermula RM9499.

ARTIKEL BERKAITAN