Close

Apple MacBook Air 15″ kini rasmi dengan harga bermula dari RM6199

Pada acara yang sama, Apple turut mengumumkan MacBook Air 15″ baharu yang menawarkan sejumlah peningkatan dari segi spesfikasi dan reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.

Secara asasnya, MacBook Air 15″ ini masih membawakan rekaan yang sama seperti MacBook 13″ namun, ia kini hadir dengan rekaan yang lebih nipis 11mm dan skrin yang lebih besar 15.3-inci. Dikuasakan dengan cip M2 yang digabungkan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalam sehingga 2TB.

Apple mendakwa, MacBook Air 15″ ini menjanjikan peningkatan prestasi 12 kali ganda lebih pantas dan ketahanan bateri yang lebih lama sehingga 18 jam. Untuk sambungan, ia hadir dengan 2x port USB-C, 1x bicu audio dan port pengecasan MagSafe.

Untuk penawaran di Malaysia, MacBook Air 15″ ini dijual pada harga bermula RM6199 dan ditawarkan dengan empat pilihan iaitu Space Grey, Silver, Midnight dan Starlight.

ARTIKEL BERKAITAN