Close

Apple umumkan iOS 17 – Ini semua ciri baharu yang anda perlu tahu


Perkara yang menjadi tumpuan pada Acara WWDC 2023 semestinya adalah pengumuman iOS baharu iaitu iOS 17, membawakan sejumlah ciri dan juga aplikasi baharu seperti Journal, StandBy, Live Voicemail dan banyak lagi.


Phone, Message dan FaceTime




Perubahan paling ketara dapat dilihat pada tiga aplikasi utama iaitu Phone, Message dan FaceTime. Melalui iOS 17, pengguna kini boleh mengubahsuai maklumat kenalan melalui Contact Poster untuk dipaparkan semasa menerima panggilan.

Setiap panggilan juga kini menyokong ciri Live Voicemail dengan keupayaan transkripsi suara-ke-teks sebelum menjawab panggilan.

Untuk Message pula, ia kini menyokong beberapa ciri baharu seperti swipe to reply pada mana-mana perbualan, audio mesej kini boleh ditranskripsi, emoji kini boleh dijadikan pelekat serta subjek kini boleh dijadikan sebagai emoji. 

Check In


Ciri paling menarik pada Message adalah Check In, yang mana ciri ini membolehkan pengguna memberitahu sekiranya telah selamat sampai atau berkongsi kemas kini dengan keluarga. Manakala untuk FaceTime, ia kini hadir dengan ciri baharu iaitu menyokong mesej.

NameDrop

Selain itu, Apple turut menggumumkan beberapa ciri baharu seperti NameDrop yang membolehkan pengguna berkongsi data seperti emel dan nombor telefon dengan hanya mendekatkan iPhone untuk bertukar maklumat.


StandBy


Seterusnya adalah ciri StandBy yang memaparkan maklumat seperti widget, photos dan home controls ketika mengecas, dipaparkan dalam posisi landskap.

Journal


Aplikasi baharu turut diumumkan yang dikenali sebagai Journal, aplikasi baharu ini menggunakan pembelajaran mesin yang akan mencadang dan merekod pelbagai maklumat dengan lebih mudah, Aplikasi dianggap seperti diari yang mana ia hanya boleh diakses oleh pengguna yang telah ditetapkan. 

Terdapat beberapa ciri lain yang turut dibawakan pada iOS 17 seperti sokongan Autocorrect yang lebih baik, offline Maps dan Siri kini boleh diaktifkan dengan hanya memanggil “Siri” sahaja.

iOS 17 dijangka akan tersedia untuk semua pengguna iPhone sekitar September atau Oktober. Versi beta dijangka akan tersedia tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN