Close

Apple Vision Pro kini rasmi dengan harga sekitar RM16K

 Apple akhirnya mengumumkan set kepala realiti pertama mereka pada acara WWDC 2023 yang dikenali sebagai Apple Vision Pro. Set kepala realiti ini hadir dengan pelbagai teknologi baharu dan dijana dengan sistem operasi VisionOS.

Apple Vision Pro ini dikuasakan dengan gabungan dua cip iaitu M2 dan R1. Menggunakan paparan dengan resolusi 4K untuk setiap mata bersama dengan 5 penderia utama dan 12 kamera. Menjalankan sistem operasi khusus yang dipanggil sebagai VisionOS.

Untuk rekaan, Apple Vision Pro tampil dengan rekaan kaca pada bahagian hadapan dan menggunakan bingkai dari aluminium. Manakala dari segi kawalan, Apple Vision Pro menyokong pergerakan tangan seperti tap to select, flick to scroll dan juga menyokong arahan melalui suara.

Perkara menarik mengenai Apple Vision Pro adalah ia boleh digunakan dalam dua keadaan secara serentak iaitu dalam dunia sebenar dan juga dunia realiti maya melalui mod tembus. Selain itu, ia juga turut hadir dengan ciri EyeSight, membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang di sekeliling secara terus dengan mata pemakai dapat dilihat.

Ciri lain yang turut dibawakan pada Apple Vision Pro adalah seperti menyokong sambungan akesori melalui Bluetooth yang membolehkan set kepala realiti disambungkan pada MacBook yang dipaparkan dalam skrin maya dan hanya boleh dilihat oleh pemakainya sahaja. Untuk ketahanan bateri, Apple mendakwa ia mampu bertahan sehingga 2 jam dengan bateri yang disambungkan melalui kabel. 

Untuk penawaran, Apple Vision Pro ini dijual pada harga $3499 (RM16,016) dan akan mula dijual bermula tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN